Monday 29 October 2018

New Life Me :)

Bismillah ;)


Ma shaa Allah! Dah lama blog ni berhabuk. Rancangnya dulu akhir tahun 2016 nak update blog since banyak unlock achievements happened 2016. Alamaknya, tersimpa helok dalam kotak kenangan 🤪


Bila sebut 2016 tu, haish...
Terlalu banyak kenangan manis pahit masam yang mematangkan diri ini. From ZERO to HERO lah acah kata kan 🙈

Okay kisah 2016 kita tutup letak sebelah kejap. Nanti ada masa santai santai kita share sikit kenangan 2016 yea 👍🏻


Okay skrg ni nak cerita tentang hujung tahun 2018 pula~

Alhamdulillah sekarang ni aku bergelar pelajar Ijazah Sarjanamuda di sebuah universiti tempatan. Hm, aku amik course besye besye je tapi cukup dapat memberikan manfaat kepada umat diluar sana nanti. In shaa Allah, doakan! Disamping aku bergelar mahasiswi aku juga orang yang makan gaji setiap bulan. Hehe maksudnya disitu aku belajar PJJ sambil  bekerja.

Sebenarnya, seumur hidup aku tak pernah pun wujudnya istilah PJJ (which is kerja sambil study) dalam hidup aku! TAK PERNAH! Buat keputusan nak sambung belajar  PJJ ni memang kerja gila pernah aku buat. 🤯 Kononnya nak sambung lagi dua tiga tahun lah and then nak sedapkan hati pergi isi tawaran sambung belajar. End-up, yes Allah mudahkan urusan aku untuk sambung (nampak tak try husnuzon disini 😌)

Aku start kuliah haritu dalam awal bulan Oktober juga lah (hm, sebenarnya aku baru je mula 😜 ) Aku start daftar haritu dalam bulan Jun macam tu. Busy prepare kan all the documents dan skema jawapan untuk interview bagai pung pang pung pang sambil diselangi dengan kerja disiang hari tup tup dah bulan September. Oktober ni dah mula kuliah dah. Sepanjang hari meniti ke first day of kuliah tu, Allahurabbi 😔 anak pinak syaitan silap silap general syaitan dok kacau niat aku nak sambung study ni.

Dia kacau habis. Hari hari aku fikir, weekdays aku kerja. Weekends pula kelas full dari pagi sampai lewat petang. Masa rehat aku hanyalah waktu malam sahaja. Mental torture juga lah. Ready ke aku nak sambung belajar bla bla bla. Sampailah, sedar sedar aku dah dalam kelas pertama di HARI PERTAMA aku.

Kelas pertama aku masa tu subject language (ada lah language apa yang aku belajar takyah tahu) masuk masuk kelas tu. Ustazah masuk kelas lewat sejam. Masa tu selak helaian kertas kononnya acah recall balik ilmu zaman diploma dulu 🤪

Ustazah masuk je kelas, dia bercakap dalam bahasa yang asing tak asing lah bagi aku. Laju dia cakap bahasa asing tu. Straight kelas 4 jam dia campur campur bahasa ibunda dan bahasa asing tu. Catch up aku melalui pendengaran dan penulisan sahaja lah. Macam biasa, bila dah study beberapa bab makanya, antara kegemaran lecturer adalah mereka akan bagi assignments untuk dibawak balik dan buat dirumah dan BENTANG KANNYA PADA ESOK HARI!

Kononnya, dapat satu aura semangat lah nak siapkan assignment yang diberi tu dekat rumah sambil sambil buat revision. Selesai je kuliah untuk subject kedua pada lewat petang. Family ajak keluar Shah Alam sebab nak hantar umi pergi kursus.

Nangis dalam hati jap sebab niat utama terbantut. Kitorg pun gerak lah ke Shah Alam. Sampai Shah Alam betul betul Maghrib so singgao solat then hantar umi lepas tu stop dkt shopping mall untuk alas perut. Sementara tunggu makanan sampai tu usya lah sikit text yang diberi as assignment tu. Buat lah sikit sikit supaya balik rumah je atleast lah 20% dah siap.


Alhamdulillah dalam 30% dah siap. 30% just terjemah je roughly lah. Dah siap makan solat semua, pergi ambil umi balik then balik rumah. Sampai rumah dalam 12:00 🕛 mcm tu. Dah tak fikir apa dah nak lelap kejap lepas tu sambung siapkan.

Tepat jam 4 pagi, makcik alarm gerakkan dah. Bangun lps u sambung buat kerja balik. Tengah pulun siapkan tengok jam dah pukul 6:15 dah! Masa tu, hanya tuhan sahaja yang tahu. Air mata laju je turun 😭 nangis jap kenang kan kenapa lah aku ni lambat sangat nak catch up? Padahal tinggal kan setahun je. Nangis semahu mahunya. (Tak malunya lahai) Masa ni lah teringat kata kata Imam Syafie haa boleh google sendiri.

Siap siap nak pergi kuliah sambil bawak kerja yang siapnya hanya 70%
Wallahi hati aku masa ni tak tenang mungkin sebab aku ni perfectionist? Entah lah. Tapi aku masuk kelas aku tenang kan hati aku. Tajdid niat semula. Istighfar banyak banyak. Mohon pertolongan daripada Dia sang pemilik Ilm. Alhamdulillah hari kedua kelas language naik 50% tahap kefahaman aku.

Jujurnya, aku tak pernah nangis sebab sebab macam ni. Mungkin aku nangis sebab dulu zaman diploma aku score kot subject ni. Tapi bila time degree awal awal kelas lagi aku dah K.O memang nangis keluar air mata darah lah gamaknya. Satu kesilapan aku is, terlalu rasa diri ni hebat mcm alah subject ni dulu aku score kot! Sama je pembelajaran dia dulu dgn skrg. Tup tup Allah tarik sikit kefahaman aku. Kang dah meroyan. Nauzubillahiminzalik 😔

Ni kita tunggu pula next class hujung bulan November ni 😊 doanya agar Allah mudahkan urusan aku lah.

Sekian, coretan kurang matang daripada aku.


Oh minggu ni dah masuk bulan November! Bulan aku! Jangan lupa wish yang baik baik untuk aku bagi yang kenal aku ni.




Haaa buktinya ada sikit kenangan aku simpan. Alamak! Kantoi u mana!

Tuesday 5 January 2016

 
"To Allah we belong and to Him we return"
 

 
 
Last Sunday, as early as 4am, we've got a news that makes us speechless. Shocked. Totally shocked. My world was shaken when I lost my lovely grandmother (my daddy's family side). My uncle sent a whatsApp to our family group chat by saying "Innalillahiwainnailahi rajiun, tok baru sahaja meninggal dunia. Semoga roh tok dalam kalangan orang yang beriman." - Ayah Cik, 3/1/2016 4:26 a.m
 
 
Astghafirulllahal'azim.
 
 
to be continued.. not in mood to write in long passage. Sorry.

Tuesday 31 March 2015

Salamun'alayk~
 
 
 
 
Oho. Sebaknya. Tetiba hujan-hujan macam ni teringat dekat Usrah Jebon la.
Sekarang ni masing-masing duduk jauh.
Ada yang dekat :
- Tangkak, Johor
-Bandar Sri Putera
-Pendang, Kedah
-Gombak
-Segamat, Johor
-tengah tengah Jalan Semarak
 
Jauhnya.
Bila lagi kita nak buat usrah sesame. Oh! Oh! Naqibah kami pun kak nadh sekarang berada di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
 
Masing-masing bawa diri.
 
Ma Shaa Allah, sungguh rindu pada kalian yang teramat sangat.
Even sekarang ni masih lagi contact melalui whatsApp group takpun kalau rindu gilos terus call tapii tak sampai setengahh jam.
 
RIndunya nak buat makan-makan. Ada yang bawa nasi lemak la, Spaghetti Aglio Olio la, Pudding, belanja cool blog, manis-manisan lah.
 
Ya Allah. Korang...
 
Ingat lagi tak masa beraya tak silap satu kereta yang sepatutnya muat untuk 6 orang boleh duduk sampai 13 orang? Ingat lagi tak? Hebatnya kita masa tu. Even Jebon dicampurkan sikit dengan bilangan hardcore sikit. Masih ingat?
 
Ya Allah sweet moment kot.
 
Lepas tu apa lagi ye?
 
Raya tahun lepas? Naik dua kereta.
Start rumah aryani > intan>ain>aimi>aina>shopping kejap>nisa> the end'
 
daripada pukul 9 pagi sampai 10 malam.
 
Best Moment ever.
 
Dekat atas jalan siap racing lagi between kereta Ain dengan kereta Intan. tapi ish tak baik punya Intan tak kasi AIn menang. Ahahahahaha, kejap masa tu otw p raya rumah Aina kot. Haa yelah. Depan sekolah masa tu.
 
Lepas tu kita singgah solat maghrib dekat warta kejap. Selesai solat sempat beli casing phone dengan memory card. Sempat juga usya maxi dress tapi kena bebel dengan Nisa si mak nenek. Haduii.
 
Last rumah, rumah ayun kan kalau tak silap. Maaflah,lately memory lambat sikit nak berfungsi. Terutama kalau ada someone yang akan menerangkan depan aku pun. Aku akan loaaadingg untuk seminit setengah.
 
Alaaa, minta maaf lah awak awak semua.
 
Tapii paling penting, saya rindu jebons giloss
 
 
 


Monday 10 March 2014

#PRAYFORMH370


Jangan senang menunding jari kepada orang..Kita tidak ada di tempat dia.
The pilot must have did his best job.When everyone were in panic state, he was the first who needed to calm down,even if it is meant that they were losing hope..

Just please show some respect on that..

Just imagine,keluarga kita, ibu kita??ayah kita? sahabat kita?? isteri kita??anak kita?? malah SUAMI kita??
pasti kita keluarga mereka tidak berhenti mengalirkan air mata kan? berdoa untuk keluarga kita selamat,

So the conclusion dia adalah let's together #prayforMH370


Kita ini umat islam..cubit peha kiri peha kanan terasa pedihnya..



HANYA ALLAH S.W.T SAHAJA YANG TAHU. 
BANYAK2 KAN BERDOA DAN BERHARAP KEPADA ALLAH

CIK TULIS TAHU.. PERKATAAN 'SABAR' ITU SANGAT PEDIHNYA..

JADI WAHAI SAUDARAKU MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR DIPERTEMUKAN JAWAPAN DENGAN SEGERA..

HWAITTING!


Friday 21 February 2014

Jebon berusrah sebentar tadi. . .


Just Now, our usrah getting2 together..Hee~~ Discuss macam-macam pasal dunia kini.. Share-share ilmu, probbs, and also feeling.. Haa~~ SYAHADATUL HAQ juga kami bedah buku..HEBAT takk?? main bedah tau.. guna buku tulis,pen dan pensil

Rasa HAPPY sangat bila attended USRAH tadi.. HEEE~~


Anda,anda,anda,dan anda semua jangan ada rasa mcm  'aphal minah ni panggil gelarkan usrah dia jebon?Tahu tak dia Jebin tu apa maksudnya?' 
FYI,antunna semua.. hasil perbincangan dan lawak jenaka daripada sahabat2 yang dichentai kerana Allah, kami bersepakat untuk namakan usrah kami ni "KAMI JEBON COMEL" tanpa pengetahuan kakak Naqibah kami.. Teruk tak?? Actually kami je yang jebon tu,kakak naqibah kami takkk.. dia seorang yang baik,comel,ibu yang caring dan paling penting Naqibah yang SUPERB..faham isi hati anak usrah nya. :)

Hahahahahahahahahahaahaha~~~ 
pecah perut bila ingat balik reaksi diaorang bila dapat tahu apa maksud "JEBON" tu sebenarnya.. 

tetapi sejujur jujur jujurnya.. ana rasa bahagia sangat bila attend usrah.. Dalam usrah lah kita dapat share2 ilmu pengetahuan,tadabbur ayat2 suci ALLAH,bincang isu BDI( Berita Dunia Islam), sharing2 problem..dsb...

USRAH tu kan membawa maksud ''K E L U A R G A".. Keluarga kan haruslah,mestilah patutnya RAPAT kan..kan..kan? 


Nak tengok takk gambar usrah JEBON kami?? Mesti nak kan?? Hahahaha.. kenalkan..


COMEL TAK MEREKA?? Ehem~ehem~better antunna tak payah puji nanti ada juga yang hidung kembang..HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.. sorry darling..just joke..~~

Lastly.. a good message 

Tik Tok Tik Tok... 

Ingat Pepatah ARab ini !!

Sunday 16 February 2014

10 Pesanan Imam Syafie





.:::::::::::: 10 Pesanan Imam Shafie :::::::::::::.
...
" Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat):
mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9. Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

" Jadikanlah iman dan taqwa sebagai pakaian kita di dunia agar, pakaian dari syurga yang membaluti kita di akhirat kelak.." "Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dan tidak pernah tertidur walau sedetik pun. Setiap amal perbuatan kita akan dihitung walau sebesar zarah sekalipun" Semoga kita berada di dalam golongan hambanya yang tidak pernah alpa mengingatiNya.."

"sampaikanlah ilmu walaupun hanya sebaris ayat,ianya sunnah "

wallahuaklam..wassalam..sekian pengisian telah saya kongsikan daripada seorang murabbi :)