Monday 29 October 2018

New Life Me :)

Bismillah ;)


Ma shaa Allah! Dah lama blog ni berhabuk. Rancangnya dulu akhir tahun 2016 nak update blog since banyak unlock achievements happened 2016. Alamaknya, tersimpa helok dalam kotak kenangan ðŸĪŠ


Bila sebut 2016 tu, haish...
Terlalu banyak kenangan manis pahit masam yang mematangkan diri ini. From ZERO to HERO lah acah kata kan 🙈

Okay kisah 2016 kita tutup letak sebelah kejap. Nanti ada masa santai santai kita share sikit kenangan 2016 yea 👍ðŸŧ


Okay skrg ni nak cerita tentang hujung tahun 2018 pula~

Alhamdulillah sekarang ni aku bergelar pelajar Ijazah Sarjanamuda di sebuah universiti tempatan. Hm, aku amik course besye besye je tapi cukup dapat memberikan manfaat kepada umat diluar sana nanti. In shaa Allah, doakan! Disamping aku bergelar mahasiswi aku juga orang yang makan gaji setiap bulan. Hehe maksudnya disitu aku belajar PJJ sambil  bekerja.

Sebenarnya, seumur hidup aku tak pernah pun wujudnya istilah PJJ (which is kerja sambil study) dalam hidup aku! TAK PERNAH! Buat keputusan nak sambung belajar  PJJ ni memang kerja gila pernah aku buat. ðŸĪŊ Kononnya nak sambung lagi dua tiga tahun lah and then nak sedapkan hati pergi isi tawaran sambung belajar. End-up, yes Allah mudahkan urusan aku untuk sambung (nampak tak try husnuzon disini 😌)

Aku start kuliah haritu dalam awal bulan Oktober juga lah (hm, sebenarnya aku baru je mula 😜 ) Aku start daftar haritu dalam bulan Jun macam tu. Busy prepare kan all the documents dan skema jawapan untuk interview bagai pung pang pung pang sambil diselangi dengan kerja disiang hari tup tup dah bulan September. Oktober ni dah mula kuliah dah. Sepanjang hari meniti ke first day of kuliah tu, Allahurabbi 😔 anak pinak syaitan silap silap general syaitan dok kacau niat aku nak sambung study ni.

Dia kacau habis. Hari hari aku fikir, weekdays aku kerja. Weekends pula kelas full dari pagi sampai lewat petang. Masa rehat aku hanyalah waktu malam sahaja. Mental torture juga lah. Ready ke aku nak sambung belajar bla bla bla. Sampailah, sedar sedar aku dah dalam kelas pertama di HARI PERTAMA aku.

Kelas pertama aku masa tu subject language (ada lah language apa yang aku belajar takyah tahu) masuk masuk kelas tu. Ustazah masuk kelas lewat sejam. Masa tu selak helaian kertas kononnya acah recall balik ilmu zaman diploma dulu ðŸĪŠ

Ustazah masuk je kelas, dia bercakap dalam bahasa yang asing tak asing lah bagi aku. Laju dia cakap bahasa asing tu. Straight kelas 4 jam dia campur campur bahasa ibunda dan bahasa asing tu. Catch up aku melalui pendengaran dan penulisan sahaja lah. Macam biasa, bila dah study beberapa bab makanya, antara kegemaran lecturer adalah mereka akan bagi assignments untuk dibawak balik dan buat dirumah dan BENTANG KANNYA PADA ESOK HARI!

Kononnya, dapat satu aura semangat lah nak siapkan assignment yang diberi tu dekat rumah sambil sambil buat revision. Selesai je kuliah untuk subject kedua pada lewat petang. Family ajak keluar Shah Alam sebab nak hantar umi pergi kursus.

Nangis dalam hati jap sebab niat utama terbantut. Kitorg pun gerak lah ke Shah Alam. Sampai Shah Alam betul betul Maghrib so singgao solat then hantar umi lepas tu stop dkt shopping mall untuk alas perut. Sementara tunggu makanan sampai tu usya lah sikit text yang diberi as assignment tu. Buat lah sikit sikit supaya balik rumah je atleast lah 20% dah siap.


Alhamdulillah dalam 30% dah siap. 30% just terjemah je roughly lah. Dah siap makan solat semua, pergi ambil umi balik then balik rumah. Sampai rumah dalam 12:00 🕛 mcm tu. Dah tak fikir apa dah nak lelap kejap lepas tu sambung siapkan.

Tepat jam 4 pagi, makcik alarm gerakkan dah. Bangun lps u sambung buat kerja balik. Tengah pulun siapkan tengok jam dah pukul 6:15 dah! Masa tu, hanya tuhan sahaja yang tahu. Air mata laju je turun 😭 nangis jap kenang kan kenapa lah aku ni lambat sangat nak catch up? Padahal tinggal kan setahun je. Nangis semahu mahunya. (Tak malunya lahai) Masa ni lah teringat kata kata Imam Syafie haa boleh google sendiri.

Siap siap nak pergi kuliah sambil bawak kerja yang siapnya hanya 70%
Wallahi hati aku masa ni tak tenang mungkin sebab aku ni perfectionist? Entah lah. Tapi aku masuk kelas aku tenang kan hati aku. Tajdid niat semula. Istighfar banyak banyak. Mohon pertolongan daripada Dia sang pemilik Ilm. Alhamdulillah hari kedua kelas language naik 50% tahap kefahaman aku.

Jujurnya, aku tak pernah nangis sebab sebab macam ni. Mungkin aku nangis sebab dulu zaman diploma aku score kot subject ni. Tapi bila time degree awal awal kelas lagi aku dah K.O memang nangis keluar air mata darah lah gamaknya. Satu kesilapan aku is, terlalu rasa diri ni hebat mcm alah subject ni dulu aku score kot! Sama je pembelajaran dia dulu dgn skrg. Tup tup Allah tarik sikit kefahaman aku. Kang dah meroyan. Nauzubillahiminzalik 😔

Ni kita tunggu pula next class hujung bulan November ni 😊 doanya agar Allah mudahkan urusan aku lah.

Sekian, coretan kurang matang daripada aku.


Oh minggu ni dah masuk bulan November! Bulan aku! Jangan lupa wish yang baik baik untuk aku bagi yang kenal aku ni.




Haaa buktinya ada sikit kenangan aku simpan. Alamak! Kantoi u mana!

No comments:

Post a Comment